Seni bina Masjid_Diraja_Sultan_Suleiman

Konsep rekabentuk Masjid Diraja Sultan Suleiman di Bandar Diraja Klang agak berlainan dari mana-mana masjid yang ada di negeri Selangor mahupun di Malaysia. Daripada hasil bacaan buku-buku sejarah Malaysia, ada yang mengatakan Masjid Sultan Suleiman mempunyai pengaruh campuran senibina Islam Moorish dan senibina Inggeris. Ada pula yang mengatakan Masjid Sultan Suleiman berkonsepkan Art Deco kerana elemen dekoratif yang minima digunapakai di sini.Penggunaan geometri yang mudah pada pelan masjid juga menjurus kepada Art Deco.

Masih terdapat unsur-unsur klasikal terutama pada tiang, namun ianya agak minimal. Kubah masjid berbentuk separuh bulatan (separa hemisfera) berwarna kuning telur (tidak keemasan). Kubah besar ruang solat utama dikelilingi oleh beberapa kubah yang lebih kecil.

Terdapat 8 menara kecil disekeliling masjid dan satu menara besar lagi tinggi dibahagian tengah laluan masuk dari anjung utama. Menara ini juga dihiasi dengan kubah kuning di puncaknya. Arkitek yang mereka-bentuk masjid ini ialah L.Keste Vend. Masjid ini boleh menampung lebih kurang 1000 jemaah dalam satu masa. Masjid Sultan Suleiman yang ada sekarang ini telah pun melalui beberapa proses pengubahsuaian dalaman dan di kawasan 'courtyard' bangunan asal. Rekabentuk asalnya bagaikan sebuah palang salib jika dilihat dari atas, seperti yang selalu digunapakai dalam pelan-pelan gereja di Eropah. Namun sekarang bentuk Masjid Sultan Suleiman sudah kelihatan seperti segi empat hasil pengubahsuaian oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Ruang solat utama Masjid Diraja Sultan Suleiman berbentuk oktagon (segi lapan) di bahagian bawah dan mula bertukar ke bentuk bulat pada aras 10 meter. Sebelah dalam kubah utama boleh dinaiki kerana ianya mempunyai dua aras seperti balkoni. Aras keduanya boleh diakses dengan 'catladder'. Ada satu lapisan kerangka besi dekoratif dibawah kubah digunakan untuk menyokong 'gelas warna' yang disusun ber'pattern'.